Saturday 6 January 2018

JOM MASUK UPSI

Okay, macam yang kamu semua baca pada tajuk di atas, "JOM MASUK UPSI"...hari ni saya nak kongsikan sedikit mengenai kemasukkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ada beberapa langkah sebelum berjaya masuk dan menjadi pelajar UPSI ni.

Yang pertama, kena lulus ujian MEDSI. Apa tu ? Ujian MEDSI ni adalah ujian berkomputer kalau tak silap terdapat sebanyak 300 dan ke atas soalan dan semuanya berkaitan profesion perguruan. Maksudnya disini ujian tu lebih kurang macam nak uji sama ada kita memiliki atau tidak ciri-ciri seorang guru.

Contoh soalan : Ketika musim banjir adakah anda akan tetap pergi ke sekolah ?

Jawapannya beraneka pilihan dan ada yang berskala.

MEDSI ni kalau ikut pengalaman saya, mudah ja hahaha walaupun masa diperuntukkan selama 45 minit mungkin, tapi saya berjaya siapkan dalam 20 minit kot kemudian saya terus keluar balik rumah. Keputusan akan dikeluarkan sebulan kemudian rasanya untuk ambilan september. Kalau ambilan febuari keputusan keluar awal sikit. Apa pun pastikan sentiasa tengok tarikh-tarikh penting kemasukkan.

Kalau lulus ujian MEDSI, kamu semua akan lalui temuduga pula. Macam saya hari tu masuk bilik temuduga 3 orang sekali. Saya ingat lagi, sorang ambil kos yang sama macam saya dan sorang lagi kos pendidikan khas. Panel ada 2 orang waktu tu dan sorang tu merupakan pensyarah saya sekarang hahaha kebetulan kan ? Antara soalan yang ditanya macam biasalah mula-mula perkenalkan diri dan sedikit latar belakang pendidikan. Kemudian dia akan tanya apa yang kamu tahu mengenai kos yang dipohon. Dan kena sentiasa bersedialah sebab waktu saya hari tu dia suruh juga ceritakan mengenai keistimewaan kampung halaman dalam bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya temuduga bagi saya pun okay mudah dan rasanya agak sekejap. Waktu temuduga ni pastikan kamu semua membawa dokumen yang diperlukan dan berpakaian kemas dan sopan. Paling penting senyum selalu !

Keputusan temuduga akan keluar pun sebulan kemudian lepas tu TAHNIAH ! Dah boleh jadi warga UPSI.

Okay itu sahaja untuk hari ini, sebarang soalan bolehlah kemukakan ya.

Semoga membantu !